Wednesday, February 25, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Bread Cheesy Lasagna Version 2 or Murtabak Roti Berkeju •*¨*•.¸¸❥


N3 ni 2nd time for Bread Cheesy Lasagna ni saya buat sbb mcm teringat2 je masa first time buat, ntah kenapa kali nimcm garing plaks the texture rotinya, terlebih masak ke ?? hehehe ....I buat # Option 2 ya ...sbb complicated sikit ...but mcm biasa ..uols leh masak ikut ur own way ...ni sbg guidance je uols lagi terror bukan ? ..huhu >_<




Option 1 - Bread Lasagna / Lasagna Roti
.: Bahan2Nya :.
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 Tube daging cincang
  • 1 genggam mixed vegie
  •  sos cili n tomato
  •  salt n pepper
  •  roti
  • telur
  • susu
  • mozarella cheese

.: Cara PenyediaanNya :.
  • Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar smpai empuk.
  • Masukkan sos cili n tomato,salt n pepper and mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
  • Siapkan bahan roti. Pukul telur n susu.
  • Celupkan roti dlm telur n susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese buat 2 layer.
  • Bakar suhu 180c cmpai garing sket. Siap!
 Part ni uols boleh prepare awal, nanti lancar je buat keje :-


roti tu nak bg cun potong la tepinya ...





bawang besar dan kentang dipotong dadu.



telur + susu + seditkit garam, pukul rata dan ketepikan. Jadi mcm pic di bawah 







Option 2 - Mertabak Roti Cheesy.
.: Bahan2Nya :.
  • 12 keping roti Gardinier (mcm salah eja je ni ...sat aku balik tgk yg betuinya hehehe)
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih potong halus
  • 1 paket daging hancur (Ramly burger) - mine is Azmy sodap gek, ke adik beradik ni :)
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 3 1/2 sudu besar rempah kurma or sebarang - rendang/kari/sup dll ikuts uols
  • 1 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 5 biji telur - ikut byk mn famili uols ...
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 paket cheese mozarella or parmesan - i guna cheddar yg sellau mkn ngan roti tu je ..
  • Prego or tomato puree - if suka ..i x letak pun dah lupa beli huwaaa  
  • Cendawan button - ni bahan wajib tp lupa beli jugak ...huwaa lagi ...
  • Bahan2 perasa - garam, ajinomoto, tumix, pasti sedap or iku uols suka
  • Sos kegemaran - sos cili, tiram, kicap - apa uols suka
  • Minyak - boleh guna minyak kelapa, olive or butter


.: Cara Penyediaan INTInya :.
  • Panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga terbit bau. Masukkan sedikit pes cili jika uols suka. Goreng sebentar bg cili garing dan masukkan daging burger tadi.Prefer brand RAMLY la, tak pun AZMY dah cukup ..heheh (rasanya sama je coz dia org adik-beradik kot) ..Boleh juga daging lain seperti daging kisar tp prefer daging burger sbb lebih perisa. Goreng bagi garing sebentar.
 
  • Selepas itu masukkan bawang besar dan kentang yang telah didadukan. Kacau lagi dalam 2-3 minit. Masukkan air putih sebab nak bagi kentang empuk, masa yang diambil nak empuk boleh sampai 5-7 minits depends kpd quantity. Boleh tutupkan campuran ini dengan tutup nak bg cepat empuk.


  • At this stage boleh la masukkan sayur mcm mix veggies, cendawan butang or anything that uols suka. Kemudian, masukkan bahan2 perisa seperti rempah kurma, rempah rendang or rempah sup. Masukkan garam dan bahan perasa lain. Masukkan air putih jika kering sangat campuran masakan ni.

  • Ubi kentang tu jika masih lagi chunky uols boleh kerat/potong2 ngan sudip uols nak bg dia halus sikit. Lepas tu boleh la masukkan sayur campur ke, more cheesy or cili hiris. 



  • Kelikatan dan kepekatan gravy aka inti ini uols ikut suka la, but xnak la DRY sangat sbb nnt susah nak spread atas roti. Just so-so jela  ....Angkat dan sejukkan.
Okie dokie, done part gravy ... 






.: Cara Penyediaan Murtabak CHEESENya :.
  • Lanserkan (sapukan mentega) dulang pembakar aka baking pan. Potong tepi roti nak bg cun sikit otherwise x perlu buang..ok aje kot. Kemudian pukul susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati, kacau sebati
  • Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter. Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.




  • Ulang langkah di atas sehingga ada 3 lapisan roti dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti. Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir. Uols boleh guna cheese mozarella or parmesan...pengalaman saya guna cheddar ni x berapa besh la ...mcm x cheesy sangat pun ..


  • Curahkan lebihan cecair yang celup roti tadi diatas bread lasagna tu. Nak bagi lembab2 sikit. Bakar lah dengan suhu kepanasan 1550C - 1650C selama 30-40 minit ikut oven uols dan lapisan cheese garing kekuningan. Atau bakar la selama ikut uols suka la .....



  • Taburkan cheese diatas lapisan roti tadi. Juga boleh taburkan macam bawang goreng or hirisan cili merah or hijau di atas nak bg cun sikit (seperti gambar di bawah).











~* Selamat Mencuba Uols *~

Post a Comment