Wednesday, February 04, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Asam Laksa Penang Kaw Kaw Ho Li Yau •*¨*•.¸¸❥¸




 BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA :-)
  • 600 gram ikan sardine atau ikan selayang
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
  • 1 genggam daun kesom
  • 4 - 5 keping asam gelugor
  • 3/4 cawan cili kisar
  • 4 biji bawang besar*
  • 1 1/2 inci belacan*(*dikisar halus)
  • 1/4 camca teh serbuk perasa
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN-BAHAN ULAMAN :-)
  • Timun, dihiris memanjang
  • Daun salad, dihiris
  • Cili padi, dihiris
  • Bawang besar, dimayang halus
  • Nenas, dipotong kecil


BAHAN-BAHAN LAIN :-)
  • Mi laksa secukupnya (samada yang basah atau yang kering, kalau yang kering anda rendam dulu dan rebus hingga lembut)
  • Telur rebus secukupnya, dibelah 2
  • Petis untuk dimakan bersama laksa



CARA MEMBUATNYA :-)


  •     UNTUK KUAH LAKSA :- Ikan disiang, cuci bersih dan rebus (letak ikan dalam periuk, tuang air hingga ikan tenggelam) hingga ikan masak. Keluarkan ikan, biar sejuk dan asingkan isi dan tulangnya. Tumbuk isi ikan hingga lumat. Tulang ikan dikisar halus dan tapis. Asingkan stoknya.


  •     Tapis air rebusan ikan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, stok tulang ikan dan isi ikan yang ditumbuk. Tambah air lagi. Masukkan cili kisar dan asam gelugor. Kacau rata dan biar mendidih.

  •     Masukkan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api sederhana hingga kuah pekat sedikit (dan hilang bau cili kisar). Perasakan dengan garam secukupnya dan serbuk perasa. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api...




  •     UNTUK LAKSA OPAH @ LAKSA KUALA :- Letak mi laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai. Sendukkan kuah laksa (kacau dulu), kemudian tabur bahan2 ulam, yang ini ikut anda nak banyak atau sedikit. Letak telur rebus dan akhir sekali sudukan petis. Perah jus limau kasturi, gaul rata dan nikmatinya dengan penuh keenakkan.....hmmmm...2 mangkuk che mat makan laksa ni.



~* Semoga Bermanfaat & Selamat Mencuba *~



Post a Comment