Wednesday, January 07, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ YummyLicious Sup Tulang Jangan Pandang Belakang Chef Ameer ... •*¨*•.¸¸❥¸


Pada rakan-rakan yang nak belajar masak.. boleh hubungi chef di SINI dan dapatkan jadual kelas chef yang senantiasa beroperasi di seluruh Malaysia..




SUP TULANG JANGAN PANDANG BELAKANG
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah

Resepi asal Chef Amer menggunakan sukatan untuk 40 kg tulang lembu. Untuk resepi ini ita dah kurangkan kepada sukatan untuk 1 kg tulang lembu sahaja.



Bahan2 Yang Diperlukan :
  • 1 kg tulang lembu ~ cuci bersih, Ita rebus dahulu tulang hingga empuk. Masa merebus tulang jika ada lemak atau buih kotoran tu buang. Air rebusan jangan buang sebab kita akan gunakan untuk masak kuah sup.
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 1 labu bawang besar di hiris
  • 1 peket kecil rempah sup anggaran 2 sudu besar
  • air secukupnya ~ boleh guna air rebusan daging
  • 1 batang lobak merah ~ di dadu
  • 2 biji kentang ~ di dadu
  • Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Bawang goreng untuk tabur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh lada sulah



Bahan2 Yang Diperlukan :
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inc halia
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 batang celery
  • 1 batang leek

Semua bahan di atas di kisar. Bawang merah , bawang putih dan halia kisar sekali.
Lobak, celery dan leek kisar sekali
Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu kita tumis nanti.




  • Panaskan minyak sapi dan minyak dalam periuk
  • Tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang yang telah di hiris hingga harum dan garing
  • Masukkan bahan kisar ( bawang merah, bawang putih dan halia ) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak
  • Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus.
  • Masak lagi hingga garing
  • Kemudian masukkan rempah sup. Rempah sup ni boleh campur air untuk jadikan pes.
  • Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
  • Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk.
  • Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang.
  • Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa
  • Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil
  • Masukkan juga daun sup dan bawang goreng
  • Tutup api dan sedia di hidangkan.



SAMBAL KICAP ZAHIR TAK TERUCAP
Resepi Oleh : Chef Amer

Bahan2 Yang Diperlukan :
  • 15 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap ABC ita guna kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu teh cuka makan

Satukan semua bahan dan kisar
Sedia di makan bersama sup tulang



Perghhhh... nama memang tak boleh bla... Ni belum rasa lagi.. kalau dah rasa memang tak terucap lagi lah kan...

Apa tunggu lagi.. sup dah siap.. sambal kicap pun dah siap.. tinggal tunggu ngap aje..
Sup ni pada ita tak kisah nak makan dengan apa pun sedap! dengan nasi ke.. dengan roti ke.. dengan mee ke..  atau nak makan dengan nasi himpit pun sedap!

Memang best resepi ni.. kalau ada daging korban lebih-lebih tu bolehlah cuba resepi ni...








~* Selamat Mencuba Uols *~


Post a Comment