Friday, January 02, 2015

╰⊰✿´•* Snow CheeseCake aka CheeseCake Leleh Bersalji ╰⊰✿´•*




N3 kali ni pasal cheesecake leleh ...lum try lagi these recipes tp rasanya saya akan opt for sponge cake not this ingredients yang kat bawah la ( i ni mmg span ..span ...span ...sbb suka kegebuannya) ..- texture lebih halus and ringan/fluffy gitu ...However uols leh try recipes kat bawah ni ..xyah fenin kepala ...i cerewet sikit hehehe ...>_< ...bagi yang berminat leh try SPONGE CAKE cara saya DI SINI ...You know what, i always think of cheesecake leleh ni ada cheese in the cake ..heheh ...lelehnya cheese bersifat luaran sahaja dan ini adalah kenyataan penafian semata2 ahaks ...
 

Version 1


Bahan2 Untuk Kek :

  • 100 g tepung hongkong * - as for i akan guna cake flour (struktur ringan)
  • 60 g tepung jagung*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu besar ovalette
  • 100 g gula kastor
  • 4 biji telur (husna guna telur gred A)
  • 2 biji kuning telur
  • 50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
  • 75 g mentega cair
  • 1 tsp vanilla essence
 

Cara Penyediaanya :-

1. Ayakkan dahulu bahan yg bertanda *.
2. Campur semua bahan di atas kecuali mentega cair. Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. Putar lagi, sebatikan.


Resepi dan cara membuat kek keju meleleh 13. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dengan sedikit butter. Resepi dan cara membuat kek keju meleleh 2
4. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 45minit. Guna api atas dan bawah. Inilah hasilnya sebelum dibakar. 


 

Resepi dan cara membuat kek keju meleleh 3
 

 Ini hasilnya setelah dibakar. Menurut penulis blog keknya gebu, yelah kot ...
 Resepi dan cara membuat kek keju meleleh 4

Antara bahan2 yang digunakan :-
Hilmet cheese ada ditunjukkan di kanan



Cara Penyediaan Topping & Filling Cream :

  • 250 g cream cheese
  • 120 g susu pekat manis
  • 50 ml UHT whipping cream

(satukan ketiga bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)


Untuk Topping Cheese Leleh :

  • 1 buku HIMELT CHEESE dalam 250g (sesuai untuk snow cheese cake, roti, sandwich, burger dan pelbagai kegunaan kerana ianya adalah 'HEAT STABLE CHEESE' - gambar seperti di atas)

(parut.. dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan)

Methos Penyediaannya :-

1. Kek yg dimasak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi kepada 2 keping, husna bahagikan kepada 2 keping guna benang. - boleh gunakan alat dinamakan cake leveler, trust me lebih baik resultnya ...benang nnt kek x sama level ....
Resepi dan cara membuat kek keju meleleh 52. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
3. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
4. Akhir sekali, taburkan HIMELT CHEESE yg telah diparut tadi keseluruh kek sebagai topping.
5. Sebelum di makan.. masukkan dalam peti ais dulu yee.. dalam 1-2 jam. lepas tu baru potong. Resepi dan cara membuat kek keju meleleh 6
Inilah hasilnya setelah berusaha ...usaha tangga kejayaan heheh


Resepi dan cara membuat kek keju meleleh 7
hasilnye.. kek yang sgt2 lembut

Resepi dan cara membuat kek keju meleleh 8

Selamat mencuba!



Version 2 :

KEK CHEESE BERSALJI/ SNOW CHEESECAKE

Resepi : Sherry mz@MyR

Sumber lain: kak Zana & MamaFami

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • izah tambah esen vanilla
UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat. 
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
*izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
*izah potong kek  menggunakan benang - i guna cake leveler or bread knife/serrated knife (gambar seperti ditunukkan)
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.





Kepada yang nak rasa kek ni boleh la try buat atau kepada penduduk sekitar Ampang boleh order dengan saya. :-). Didatangkan dengan 2 size. Boleh berhubung dengan saya tru emel baisku09@gmail.com. Pickup point recommended ialah TESCO AMPANG.
TQ - ni iklan sy letakkan di sini ....

~* Selamat Mencuba Uols *~



Post a Comment