Thursday, January 08, 2015

´•*¨*•.¸¸❥¸ Daging Masak Merah Ala Thai ´•*¨*•.¸¸❥¸





Source : http://sayasukamasak.wordpress.com/2009/05/04/daging-merah/



Useful Tips :
  • Lepas beli daging dari pasar, jangan lupa rendamkan daging itu dengan tepung dan air. Ini adalah untuk menghilangkan bau hamis daging lembu. Biarkan seketika selama 15 minit dan cuci hingga bersih.
  • Kemudian masukkan daging tadi di dalam periuk berisi air. Masukkan juga pewarna merah mengikut citarasa anda. Sebagai contoh, saya menggunakan 2-4 sudu makan hanya sekadar untuk mewarna daging tersebut. 



  • Rebuskan daging itu sehingga ia meresap pewarna merah tadi. Lepas daging tadi telah kecut sedikit dan meresap pewarna merah, angkat dan biarkan ia sejuk seketika sebelum proses memotong daging tersebut. Air stok daging itu jangan dibuang kerana boleh digunakan dalam masakan nanti. - rasanya daging ni potong kecik2 baru rebus dengan pewarna pun ok gek ...so the merah tu covering all the flesh hehehe

Sekarang mari kita lihat bahan-bahan untuk memasak Daging Merah ini. 

Bahan-bahannya adalah seperti berikut :
  • Daging lembu yang telah direbus dengan pewarna merah tadi
  • 2 labu bawang besar
  • 4-6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1-2 sudu makan cili kering kisar
  • air stok daging
  • 2-3 sudu makan sos tiram
  • 3-4 sudu makan sos tomato
  • 3-4 sudu makan sos cili
  • secubit asam jawa
  • garam secukup rasa
  • 2 biji cili merah – potong ikut suka hati.. kasar/memanjang /
  • Capsicum/Cili Benggala - nak menarik beli all colurs hijau, merah, kuning
  • 2 labu bawang besar- potong bulat
  • 5-6 helai daun limau – potong hiris
  • Cili padi jika suka - it's a must for me !




Daging dihiris seperti yang ditunjukkan di dalam gambar atas.




Ok, sekarang kita masakkan kuah dia pula. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, dan garing sedikit.




Masukkan cili kering yang telah dikisar. Cili kering kisar ini telah direbus terlebih dahulu sebelum ia dikisar. Ini untuk mengurangkan pedas cili. Tumiskan cili sehingga pecah minyak.




Masukkan air stok daging tadi ke dalam kuali, kacau dan biar ia masak sebentar.




Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa. Kacau dan biar ia masak sebentar. Selepas itu masukkan sedikit air asam jawa dan kacau.




Sekarang masukkan bawang besar yang dipotong bulat, cili potong dan daun limau yang dihiris kasar. Kacau rata dan biar ia masak sebentar.




Bila kuah agak pekat sedikit, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Kacau rata daging itu sehingga sebati dengan kuah.





Hidangkan daging merah bersama nasi putih. Nak makan dengan nasi goreng pun sedap juga. Sekian terima kasih











~* Selamat Mencuba Uols *~



Post a Comment