Thursday, January 15, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Customized Ayam Masak Paprik Ala Thai •*¨*•.¸¸❥



.: Bahan2 Yang Diperlukan :.
  • 2 keping dada ayam - hiris nipis
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 labu bawang besar - boleh gunakan bawang Holland or bawang merah besar tu, dibelah memanjang
  • 1 biji cili merah - dihiris serong
  • 4 biji cili padi - diketuk sedikit
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu nampla (sos ikan)
  • sedikit kicap
  • sedikit garam & bahan perasa
  • 1/2 cawan air


.: Sayur-sayuranNya :.
  • Bunga kobis - potong kecil
  • Brocoli -  potong kecil
  • Baby Corn - dihiris memanjang or bulat boleh je
  • 1/2 batang carot - bentuk bunga
  • 2 tangkai cili merah or hijau
  • Capsicum - jika suka
  • Kacang Panjang - jika suka


.: Method PenyediaanNya :.
1. Panaskan minyak goreng hirisan ayam sehingga berubah warna menjadi keputihan. Tos dan ketepikan

2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.


3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, nampla dan sedikit kicap. Masukkan isi ayam dan gaul rata.


5. Masukkan bawang besar dan sayur2an seperti kobis bunga, brocoli, baby corn dll. Boleh tambahkan air jika didapati kuah pekat. Masukkan daun limau untuk aroma.




6. Hidangkan ! Voila !



~* Selamat Mencuba Uols *~


Post a Comment