Wednesday, January 28, 2015

•*¨*•.¸¸❥ Ayam Masak Halia BerSos Tiram •*¨*•.¸¸❥





BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 ekor ayam (kurang lebih 600 gm) potong ikut suka
  • 1 batang leek. kerat pendek dan rendam
  • 2 inci halia, mayang halus
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 biji cili merah, hiris serong
  • 1 biji cili hijau, hiris serong
  • 1 biji bawan besar, hiris bulat dan leraikan
  • 2 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar kicap cair
  • 2 cawan air
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  • Ayam dicuci bersih dan toskan. Gaul ayam tadi bersama kicap cair dan halia yang dimayang halus hingga rata. Perap ayam tadi 1 jam (simpan dalam peti sejuk)....

  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap, kacau dan masak hingga ayam air ayam kering. Tuang sos tiram dan gaul rata. Masukkan air, kacau dan biar mendidih.
  • Masak dengan api kecil hingga ayam empuk. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan leek (toskan). Kacau dan masak hingga pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin anda boleh tambah garam atau kicap cair. Masak sejekap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..




~* Selamat Mencuba Uols *~

Post a Comment