Tuesday, December 30, 2014

╰⊰✿ Red Velvet Cake/CupCake aka RVC aka Kek Baldu Merah ╰⊰✿




Red Velvet Cake ini adalah kek berwarna merah gelap, merah terang atau merah coklat. Lazimnya kek ini di'topping'kan pada permukaannya dengan vanilla icing atau cream cheese icing. Rasanya sedap sebab gabungan rasa kek coklat dan topping cream cheese.

Source : Unknown (ya ampun mmg x ingat ...)
 
:: Bahan2Nya ::
  • 1/4 cwn mentega (dilembutkan pada suhu bilik)
  • 1/4 cwn minyak canola/minyak jagung
  • 1 1/2 cwn gula kastor
  • 2 biji telur saiz A
  • 1sk esen vanilla
  • 1 cwn buttermilk (kalau tak ada, saya ajar cara buat di bawah)
  • 1 sudu makan pewarna merah
  • 1sk cuka masakan
  • 2 1/4 cwn tepung gandum
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1sk baking powder
  • 1sk baking soda
  • 1/4sk garam






:: Cara-cara Membuat Buttermilk ::

ButterMilk ni boleh dibeli dikedai supply bakery. If xde boleh la membuatnya. Bahan2 yang diperlukan ialah :-)
  • 1 sudu makan cuka putih atau perahan jus lemon
  • 1 cwn susu segar
  • MethodNya :
    Cuma masukkan 1 sudu cuka dalam bekas sukatan 1 cup susu segar. Biarkan selama 5 minit. 



:: Cara-cara Membuat Kek ::

  • 1. FIRST BOWL: Dalam mangkuk yang besar, putar mentega, minyak dan gula sehingga berkrim. 



  •  Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar lagi. Masukkan esen vanilla. Putar hingga sebati.

  • 2. SECOND BOWL: Dalam mangkuk yang agak kecil, kacau sebati buttermilk, pewarna dan cuka.  

  • 3. THIRD BOWL: Dalam mangkuk yang lain pula, ayak bersama tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam.

  • Masukkan bahan-bahan THIRD BOWL sedikit-sedikit ke dalam FIRST BOWL. Putar guna mixer pada kelajuan perlahan sahaja sehingga sebati. Selang-selikan dengan bahan-bahan SECOND BOWL. tak perlu putar lama, berhenti sekadar dah sebati.
 
  • Masukkan ke dalam oven dan bakar 15-20 minits suhu 155 Celcius. Boleh juga dimasukkan ke dalam baking pans untuk kek, muffin cups or ramekin kecil. Ikut suka uols ..:)

  • Nak tahu cupcake dah masak, just cunakan 'Cake Tester' or pencungkil gigi dan cucukkan ke dalam kek, if pencungkil gigi xde 'cecair' yang melekat means dah masak ler tu ye che jah >_<

  • Setelah kek masak, biarkan kek sejuk pada suhu bilik, sebelum diletak Cream Cheese topping. Cara2 membuatnya ada ditunjukkan di pic bawah ya .



:: Mari Buat Topping ::

  • Saya akan buat Cream Cheese Frosting.

:: Bahan2Nya ::
  • 1/4 cwn mentega (dilembutkan pada suhu bilik)
  • 250gm cream cheese
  • 2 cawan gula aising
  • 1/4 cwn susu segar
  • 1sk esen vanilla

:: Cara2 PenyedianNya ::-)
  • Dalam mangkuk yang agak besar, putar mentega dan krim keju sehingga berkrim. Sedikit demi sedikit masukkan gula, susu dan esen. Putar sehingga berkrim dan sebati. 


:: Menyiapkan kek  ::
  • Jika uols memilih untuk membuat kek pula. caranya ialah potong kek kepada 2-3 lapisan. Letak salah satu bahagian kek atas alas kek. Sapukan frosting cream.

  • Tangkupkan bahagian yang satu lagi. Sapukan frosting cream selebihnya pada kek.
  • Untuk hiasan pula. Ambil sedikit kek or lebihan kek, hancurkan dan tabur atas kek. Sejukkan kek selama 4-5 jam. Barulah sedap dimakan.




:: Idea2 Untuk Menghias Red Velvet Cake ::

Source : google


boleh dijadikan pop cake ...



boleh juga dijadikan cake jar ...just water bath je in the oven ...
or just triffle kan ???







~* End Of RVC aka Kek Baldu Merah *~





Post a Comment