Tuesday, December 16, 2014

╰⊰✿´ Bananana ! Chocolate Mouse Cake ╰⊰✿´





BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE
Source : http://www.azlitamasammanis.com/2013/02/banana-chocolate-mousse-cake.html  
Kek Span Coklat

  • 5 biji telur
  • 125 gm gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 15 gm ovelette
  • 40 ml air
  • 100 gm tepung gandum ~ diayak
  • 20 gm serbuk koko ~ diayak
  • 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
  • 70 gm mentega ~ dicairkan
  • Panaskan oven pada suhu 170C
  • Sediakan loyang 8 inc
  • Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
  • Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
  • Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
  • Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
  • Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
  • Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 45 mint atau sehingga kek di masak sempurna
  • Sejukkan kek atas redai setelah masak
  • Potong kek kepada 3 lapisan



NOTE : This is my way plaks ...> Click Here < 




.: Bahan Ganache Coklat :.
  • 150 ml krim tenusu
  • 20 gm sirap glukos
  • 260 gm coklat gelap ~ hiris halus
  • 20 gm butter
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan Nutella ~ jika suka
  • 1 sudu teh paste orange atau orange Sunquick ~ jika suka

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter, esen vanilla, paste almond dan paste orange
kacau rata.



 

.: Mousse Chocolate :.
  • 250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream
  • 3 biji kuning telur
  • 80 gm gula aising
  • 120 gm mentega tanpa garam
  • 6 gm halal gelatin
  • 30 ml air
  • 120 gm coklat gelap

Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang.
Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut
Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga
Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat
Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata
Masukkan coklat cair dan gaul sebati.
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata

Kaedah Penyediaan
  • Pisang secukupnya ~ di belah 2
  • Air Nescafe untuk melembabkan kek 
  • Ganache coklat secukupnya


  • Letakkan sepotong kek span atas lapik kek
  • Lembabkan kek span dengan menyapukan air nescafe di atasnya atau jus lemon
  • Letakkan mousse coklat dan ratakan
  • Susunkan potongan pisang di atasnya kemas
  • Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
 
  • Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras, paling kurang 4 jam
  • Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing
  • Simpan semula dalam peti ais hingga ganache coklat mengeras
  • Sedia dinikmati bersama keluarga tersayang
  • Selamat mencuba! 


  • This is mine !! 






Post a Comment