Tuesday, September 24, 2013

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ Tips Memilih Cermin Mata Mengikut Bentuk Wajah ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸


Bagi mereka yang bentuk muka petak/square

Lebar dahi, tulang pipi dan rahang seimbang sehingga terbentuk seperti kotak atau persegi.
Bingkai cermin mata yang sesuai:

  • Bingkai berbentuk bulat dan bujur adalah yang paling sesuai….
  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atasnya…iaitu lebih tebal di bahagian atasnya….
Elakkan: Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawahnya kerana muka anda akan menjadi lebih petak….oleh itu cuba bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka anda.



Bagi mereka yang bentuk muka bujur sirih.

Dikategorikan sebagai bentuk yang sangat ideal disebabkan nisbah keluasan yang menarik. Kawasan di bahagian pipi adalah lebih kecil berbanding dengan kawasan dahi dan tulang pipi selalunya lebih tinggi.
Bingkai cermin mata yang sesuai: Pilih bingkai yang tidak melangkaui nisbah muka anda….tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
Elakkan: Bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang rendah atau “jatuh” kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang.





Bagi mereka yang bentuk muka Oblong.

Muka lebih panjang dari lebar muka seseorang itu, mempunyai garisan lurus pipi yang panjang dan kadang-kadang mempunyai garis hidung yang panjang.
Bingkai cermin mata yang sesuai:

  • Cuba bingkai yang lebih lebar atau lebih labuh.
  • Pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang bercorak dan menarik kerana ia dapat menambahkan lebar pada muka anda.
Tip: Nosebridge yang rendah membantu dalam “memendekkan” hidung dan kaki (temple) yang “jatuh” akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek.



Bagi mereka yang bentuk muka Bulat.

Muka di mana, lebar dan panjang muka mempunyai nisbah yang sama dan hampir sekali tidak mempunyai sudut.
Bingkai cermin mata yang sesuai:

  • Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat.
  • Kaki (temple) yang tinggi atau sederhana tinggi akan membantu muka kelihatan lebih panjang….
  • Bingkai yang sedikit gelap kerana dapat mengimbangi bentuk wajah yang bulat..
Elakkan: Bentuk bingkai yang bulat kerana muka anda akan kelihatan lebih bulat.



Bagi mereka yang bentuk muka Diamond (Berlian).

Muka yang berbentuk berlian disifatkan sebagai kawasan yang sempit pada mata dan rahang, serta dahi dan pipi yang kecil. Tulang pipi selalunya tinggi dan agak jelas kelihatan.
Bingkai cermin mata yang sesuai:

  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya.
  • Frameless adalah pilihan yang sesuai.
  • Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga sesuai.
Tips: Untuk menonjolkan bahagian mata dan menyorokkan bahagian tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai browlines (bentuk seperti bingkai kacamata Wayfarer Ray Ban).



Bagi mereka yang bentuk muka heart (Hati).

Muka berbentuk hati mempunyai kawasan dahi yang sangat luas dan tulang pipi yang sangat tinggi. Bahagian dagu pula kecil berbanding kawasan dahi.
Bingkai cermin mata yang sesuai:

  • Rimless juga sesuai untuk bentuk muka ini.
Tips: Bentuk muka ini merupakan bentuk muka yang sukar untuk dipadankan dengan bingkai kacamata disebabkan hampir kesemua bentuk bingkai akan menyerlahkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan. Oleh itu rimless adalah pilihan terbaik untuk anda.



Bagi mereka yang bentuk muka segi tiga.

Muka berbentuk segitiga mempunyai kawasan dahi yang kecil manakala kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas.
Bingkai cermin mata yang sesuai:
Cuba bingkai yang petak sedikit atau half-frame atau sebarang bentuk bingkai yang menyerlahkan separuh bahagian atas bingkai tersebut.


TIPS UNTUK PENJAGAAN MATA DAN MAINTAIN POWER MATA ANDA


1. Anda perlu kurangkan focusing sesuatu objek pada jarak dekat dengan mata iaitu maximum 40 minit, kemudian rehatkan mata selama 5 minit
- selalulah melihat permandangan yang jauh, kalau boleh sejauh yang mungkin ^_^


2. Tontonlah televisyen dengan jarak lebih daripada 3 meter
- nasihatkan kepada adik2, saudara atau kawan2 yang sering menonton televisyen dengan jarak dekat

3. Ambil masa selama satu jam untuk melakukan aktiviti outdoor
- bersukan ataupun riadah yang boleh menenangkan mata dan fikiran

4. Makanlah makanan yang seimbang :)
- amalkan pemakanan yang sihat bukan saja baik untuk mata, tapi baik untuk badan dan minda kita.

:: Selamat Beramal ya!
~ Penglihatan Anda Anugerah Allah~



Rujukan:

Post a Comment