Monday, August 19, 2013

*¨*•.¸¸❥ Tips2 Hebat dan Berguna Untuk Memasang Plaster Ceiling *¨*•.¸¸❥




Sekiranya siling anda kelihatan membosankan, kami mencadangkan agar anda menukar siling biasa kepada plaster siling. Plaster siling boleh menjadikan rumah anda kemas, cantik dan bergaya. Ditambah dengan limpahan cahaya lampu yang berbilang jenis, saiz dan warna, menjadikan rumah anda sebagai inspirasi kepada kehidupan anda. Mari kita baca beberapa tips yang dapat kami kongsikan untuk kita kongsi bersama.




Pilihan Design/Rekaan Plaster Ceiling



Ada banyak pilihan yang boleh anda pilih dengan pelbagai bentuk asalkan bersesuaian dengan anda. Ada yang mahu rata sahaja tanpa-apa-apa dekorasi. Ada yang mahu L-Box, ada yang mahu bentuk seperti tangga. Biasanya kontraktor akan memberi anda sebuah buku desain untuk anda pilih.   










Tips Sebelum Memasang Plaster Ceiling



Sekiranya rumah anda masih belum ada siling, pemasangan siling adalah lebih mudah. Pekerja akan menyiapkan urusan wiring terlebih dahulu. Wiring perlu jalan dahulu kerana ia lebih memudahkan kerja. Sekiranya plaster siling sudah dibuat, baru pendawaian hendak dijalankan, ia akan menyusahkan pekerja. 



Anda perlu tahu di manakah lokasi lampu downlight, lampu chandeliar, kipas dan lampu gantung anda hendak diletakkan. Ini penting untuk susunan kerja pemasangan plaster siling. 



Lagipun, sekiranya anda ingin memasang kipas dan lampu chandelier, wireman perlu memasang hook di siling asal bagi tujuan menyangkut kipas dan lampu chandelier tersebut. Pemasangan hook sebaik-baiknya dibuat awal sebelum pemasangan plaster siling. 







Bagaimana Menentukan Ketinggian Plaster Siling?



Di antara perkara yang perlu dilihat sebelum memasang plaster siling ialah ketinggiannya. Plaster siling tidak sesuai untuk rumah yang berketinggian 8.5 kaki ke bawah. Rumah akan kelihatan kecil dan nampak serabut sekiranya silingnya terlalu rendah. Jika dipasang kipas pula, dikhuatiri bilah kipas akan terkena seseorang. Mengikut beberapa buku yang saya baca, 10 kaki tinggi adalah tinggi yang baik selepas memasang plaster siling. Ia akan menyebabkan ruang tampak luas.



Baik,untuk mengetahui level plaster siling, kita perlu lihat di manakah beam rumah. Pada kebiasaannya kita memasang siling betul-betul di bawah beam. Ini bertujuan untuk menutup beam yang menggangu pandangan. Kita akan ambil 2 inci sekurang-kurangnya dibawah beam untuk kita pasang aluminium bar. Berdasarkan 2 inci bawah beam, kita akan pasang plaster siling yang lain dengan level yang sama. 

   

Berapakah jarak antara slab/syiling sekarang dengan plaster syiling yang akan kita pasang?

Jarak plaster siling dengan siling asal adalah sekurang-kurangnya 8-10 inci. 


Kenapa? 


Kerana kita akan memasang lampu downlight bulat. Lampu downlight bulat memanjang mempunyai ketinggian 6 inci. Kita akan mengambil 2-4 inci untuk proses memasang lampu downlight bulat. Sekiranya kita mahu mengambil jarak kurang dari 8-10 inci, boleh juga. Tetapi kita kena memasang lampu downlight 4 segi. Ia lebih pendek dan tidak perlu mengambil banyak ketinggian ruang.





Memasang Bar aluminium. 




Selepas itu, bar-bar aluminium akan diskru di siling atau slab. Bar inilah yang memegang plaster siling dariapada jatuh. Plaster siling pula akan diskru ke bar-bar ini.



Sejenis besi aluminium di pasang di siling. Lihat ia dipasang di bawah beam atap untuk menutup rupa bentuk beam dari pandangan



 Proses Kemasan. 



Selepas plaster siling dipasang, proses kemasan pun bermula. Sejenis simen putih khas akan di ratakan di plaster siling tersebut. Ia akan menutup sambungan-sambungan siling dan menyebabkan siling kelihatan rata.  




Memasang Cornices



Cornice adalah hiasan yang diletakkan di tepi plaster siling. Ia ada banyak bentuk dan banyak bunganya. Ada yang suka warna putih dan ada yang suka corak bewarna, Yang berwarna lebih mahal daripada yang putih kerana warna itu dicat secara manual menggunakan tangan. 



Bagi yang memilih cornice berwarna, ia perlu berhati-hati kerana sambungan antara satu cornice dengan cornice yang lain, kelihatan ketara sambungannya sekiranya berwarna. Ia tidak terlalu ketara dengan cornice putih. Pakar yang memasang plaster siling akan melakukan touch up dengan mewarnakan sambungan cornice agar tidak jelas kelihatan. Jika anda seorang yang cerewet, lebih baik gunakan cornice yang putih sahaja. 




Memasang lampu di plaster siling. 



Selain lampu downlight, kita boleh memasang lampu yang ditutup dengan L-box di kawasan tepi. Lampu yang membentuk "ambience" menjadikan suasana lebih malap tetapi harmoni. Kita biasanya akan menggunakan satu lampu khas yang dipanggil T5. T5 datang dalam pelbagai warna dan panjang, tetapi ia adalah lampu yang berdiameter kecil dan dipasang mengelilingi plaster siling. 







Bagaimana jika siling anda rendah?



Sekiranya siling rendah, anda tidak dinasihatkan memasang plaster siling. Apa yang kita boleh buat ialah, slab siling anda boleh di "skim" dengan sejenis simen putih untuk ia kelihatan licin seolah-olah memasang plaster siling. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh memasang downlight kerana tidak ada ruang. 



Untuk tujuan memasang lampu, saya cadangkan kita pasang L-box di sebelah tepi siling dan memasang lampu T5 di sekeliling siling. Ini menjadikan bilik terang dengan suasana ambience. 



Anda juga boleh memasang lampu LED di tengah-tengah siling sebagai pencahayaan tambahan. Lampu LED dengan pelbagai bentuk menarik boleh dibeli dari IKEA. 




Tips ini ditulis oleh Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin, Pengurus Telaga Intan Construction untuk www.telagaintan.com.my



Post a Comment