Wednesday, August 21, 2013

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ Konsep (Gaya) Hiasan Dalaman Serlah Personaliti Anda ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸


Kontemporari
Kemas, Menonjol, Menyerlah, Berdimensi

Anda sentiasa mendahului, mendorong dan tidak takut kepada sebarang kemungkinan apabila berhadapan dengan stail. Garis-garis kemas dan ringkas sofa kulit anda digabungkan dengan warna-warna garang bantal balingnya. Corak hiasan anda yang progresif meraikan keperibadian dan pastinya tetamu anda akan bercerita seluruh pekan.


Contemporary Living Room



Contemporary Dining Area 

Contemporary BedRoom


Global
Rimbun, Eksotik, Kaya, Dunia Terdahulu

Hiasan global anda membawa keseronokan dan misteri dari tanah asing. Anda memenuhkan ruang sekeliling dengan elemen-elemen eksotik yang diperolehi dari seluruh dunia – dari bangku logam berukir mistikal sehingga kepada kusyen mewah dari sutera asli, ada saja adventure di setiap bilik.



Global Living Room


 

Global Concept Dining Area

 
 Global Concept BedRoom




Tradisional
Elegan, Halus, Klasik, Kustom

Stail hiasan tradisional memang tidak akan ditelan zaman. Dari meja antik sehinggalah rug oriental, dalaman rumah anda berinspirasikan kecantikan masa lampau. Samada untuk makan malam yang istimewa ataupun majlis minum petang, anda memang sentiasa bersedia untuk mengeluarkan pinggan mangkuk china warisan dari nenda.


 

Traditional Concept Living Room

Traditional Concept Dining Area


Traditional Concept BedRoom



Kasual
Santai, Mesra, Selesa

Selesa dan menambat hati. Kediaman anda adalah syurga, habitat yang menyenangkan berbanding kesibukan dunia di luar sana. Tidak ada yang lebih baik dari satu malam yang santai bersama rakan-rakan di atas sofa empuk, kaki di atas meja sambil menonton TV dan minum kopi.

  Casual Concept Living Room




Casual Concept Dining Area


 
 Casual Concept BedRoom


Sumber : http://senihias.com.my

Post a Comment