Sunday, April 07, 2013

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ Tips Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸

Source : http://www.lifefit.my


14 March 2012 Aimi Syairah

Turunkan berat badan dengan sihat. Semua orang pasti mahukan berat badan yang ideal dan bentuk badan yang cantik. Proses menurunkan berat badan bukan senang tapi tak juga mustahil dengan syarat disiplin dan konsisten. Di sini, saya ingin berkongsi *3 TIPS UTAMA *dalam menurunkan
berat badan dengan sihat.

    
   Tip 1: Pemakanan Yang Seimbang Dan Betul

      o Mulakan hari anda dengan sarapan dalam kadar sederhana. Individu
        yang meninggalkan sarapan dalam proses dietnya akan cenderung
        untuk makan lebih banyak sepanjang hari.
      o Tingkatkan pengambilan protein. Protein membuatkan kita cepat
        kenyang dan meningkatkan kadar metabolisme badan untuk membakar
        lemak.
      o Jangan tinggalkan karbohidrat. Karbohidrat adalah sumber tenaga
        terbaik tetapi pengambilan berlebihan akan menjadi lemak. Ambil
        karbohidrat dalam kadar sederhana.
      o Kurangkan makanan yang tidak sihat seperti makanan ringan dan
        minuman yang bergula tinggi seperti air gas. Pengambilan
        berlebihan membuatkan badan anda menyimpan lebih banyak lemak.
      o Amalkan pengambilan snek antara hidangan. Pengambilan snek
        mengelakkan anda makan banyak untuk hidangan seterusnya. Amalkan
        snek seperti buah, biskut dan protein bar.
      o Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Anda akan rasa cepat
        kenyang dan kurang nafsu makan.
      o Minum air kosong yang banyak, sekurang-kurangnya 3-4L sehari.



    
   Tip 2: Melakukan Senaman Rutin

      o Tingkatkan aktiviti fizikal. Berjalan adalah senaman paling
        ringkas. Target untuk berjalan sekurang-kurangnya 400m sehari.
      o Amalkan ‘sit-up’ dan ‘push-up’. Kedua-dua jenis senaman ini
        adalah paling mudah tapi paling berkesan untuk membakar lemak2
        degil di bahagian perut. Mulakan dengan 20x setiap set dan
        tambah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda.





     

Tip 3: Mengambil Supplement Diet
      o Ambil supplement yang membantu badan anda *DETOX *kerana toksin
        berlebihan dalam badan akan menyebabkan sebarang program diet
        sukar menampakkan kesan positifnya.
      o Ambil supplement yang membantu badan anda *MEMBAKAR* *LEMAK*
        kerana proses membakar lemak adalah sukar dan mengambil masa.
        Jadi pengambilan supplement yang boleh membakar lemak anda boleh
        mempercepatkan proses dan memastikan usaha diet anda yang lain
        tidak sia-sia.
      o Ambil ‘*PROTEIN* *SHAKE*’ untuk mengawal nafsu makan anda dan
        meningkatkan metabolisme badan untuk membakar lebih banyak lemak
        berlebihan. Ini akan mempercepatkan proses diet anda.


Saya linkkan apa itu protein-shake ? http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/memilih-protein-yang-berkualiti/






Post a Comment