Tuesday, April 09, 2013

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ Panduan Membeli TV Terbaik - Plasma, LCD, LED Atau OLED ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸


on Saturday, 16 February, 2013



N3 ni dibuat sebab dok Day Dreaming nak TV Plasma or LED yg 55Inch above ...tp harganya agak mahal ..if LED lagik la ...tp if dpt Plasma 50Inch 3D pun dah syukur kot ...for my son ...kesian dia ...Everything i do, I'll do it for you sayang ....hehe ...

Teknologi semakin berkembang dari semasa ke semasa tidak terkecuali juga television. Perkembangan teknologi yang semakin pesat memberi impak yang besar kepada banyak penemuan baru. Kesannya TV pada hari ini semakin nipis serta boleh menghasilkan imej yang berkualiti tinggi (High Definition -HD) dan 3D.

Untuk yang bercadang membeli TV yang baru, bolehlah membuat sedikit rujukan di bawah tentang jenis apa yang perlu anda beli. Of course budget pun perlu di ambil kira....



TV Plasma
Teknologi TV Plasma pada asasnya adalah berdasarkan kepada mentol lampu neon. Skrin itu sendiri terdiri daripada sel-sel. Di dalam setiap sel, dua panel kaca dipisahkan oleh celah sempit di mana gas neon-xenon disuntikkan dan ditutup dalam bentuk plasma semasa proses pengeluaran. Gas ini akan dicaskan secara elektrik pada sela tertentu apabila TV Plasma ini sedang digunakan. Gas bercas tadi kemudian mengetuk phospor merah, hijau dan biru sehingga mencipta sebuah gambar. Setiap kumpulan phospor merah, hijau dan biru ini disebut pixel (elemen gambar).

Kelebihan

  • Screen TV Plasma diperbuat dari kaca, walaupun TV ni berat sedikit tapi selamat kerana tahan lasak sedikit.
  • Harga TV Plasma lebih murah berbanding LCD.

Keburukan

  • Burn in, iaitu masalah yang akan timbul apabila TV kita mainkan imej statik terlalu lama, contohnya logo rancangan National Geographic, bila terlalu lama boleh meninggalkan bekas di situ.
  • Life span, ada jangka masa sebelum TV Plasma korang jadi kurang cerah (brightness) sehingga 50% dari asal selepas 17 tahun.
  • Banyak menggunakan tenaga elektrik untuk menghasilkan imej dari gas.
  • Skrin silau apabila kedudukan TV berdekatan dengan sumber cahaya seperti lampu dan di tepi tingkap. kerana Skrin diperbuat dari kaca.




TV LCD (Liquid Crystal Display)
TV LCD pula menggunakan teknologi yang berbeza. Secara umumnya panel LCD dibuat daripada dua lapisan bahan telus, yang mana terpolarisasi akan dilekatkan antara satu sama lain. Salah satu lapisan disalut dengan polimer khas yang memegang setiap individu hablur cecair. Kemudian, tenaga elektrik disalurkan melalui setiap individu hablur yang mana membernarkan kristal untuk menyekat cahaya bagi menghasilkan imej. Krital LCD tidak menghasilkan cahaya mereka sendiri, jadi sumber cahaya luaran seperti mentol lampu neon diperlukan supaya imej yang dihasilkan oleh LCD tadi dapat di lihat oleh penonton.

Tidak seperti TV Plasma. Disebabkan tiada phospor yang menyala, kurang tenaga elektrik yang diperlukan untuk operasi dan sumber cahaya TV LCD sekaligus dapat mengurangkan haba. Selain itu, dengan teknologi TV ini, tiada radiasi yang dipancarkan dari skrin itu sendiri.

Kelebihan

  • Skrin macam plastik dan ringan.
  • Kualiti imej sama macam TV Plasma.
  • Kurang silauan lampu dan cahaya kerana skrin bukan diperbuat dari kaca.
  • Risiko skrin untuk pecah adalah sedikit.

Keburukan

  • Berkemungkinan ada masalah untuk dead pix.
  • Tidak mesra alam kerana menggunakan raksa (mercury) semasa proses pembuatannya.
  • Agak mahal.






TV LED (Light Emitting Display)
Bila datang teknologi LED (ada 2 jenis iaitu Full LED & Edge LED), Sumber cahaya yang digunakan sebelum ni, ditukarkan dari lampu kepada LED. Ini membolehkan gambar lebih jelas sebab LED lebih fokus dan tak berkelip. Full LED disusun penuh dibelakang LCD. Kalau Edge LED, LED tersebut disusun hanya di sekeliling bingkai belakang skrin LCD.

TV LED tak sama macam TV biasa. Kualitinya pula luar biasa kerana LED menggunakan teknologi lampu LED yang terlalu banyak untuk menghasilkan imej pada skrin.

Kalau semasa korang menonton movie atau drama. Jika cerita itu memaparkan pada waktu siang ataupun pelbagai warna. Maknanya lebih banyak lampu LED akan beroperasi untuk menghasilkan imej cerita itu.

Sebaliknya, jika cerita itu mengisahkan pada waktu malam seperti di tempat-tempat gelap. Maka, hanya sesetengah lampu LED saja yang beroperasi yang selebihnya tidak beroperasi kerana lampu LED tidak menghasilkan warna hitam. Sebab itu, TV LED ini menjimatkan tenaga elektrik.

Jika ada 2 - 5 lampu LED pecah atau rosak. TV LED masih boleh berfungsi seperti biasa. Cuma kita tidak tahu sejauh mana lampu LED boleh bertahan.

Kelebihan

  • Kualiti gambar cantik (HD)
  • Kurang berat kerana nipis.
  • Jimat tenaga elektrik sehingga 40%.
  • Life span, TV LED kurang menghasilkan haba dan saiz panel jadi semakin nipis serta mesra alam kerana menggunakan mercury free technology.
  • Warna hitam nampak lebih asli.
Keburukan
Lebih mahal dari LCD. Namun harga itu semakin jatuh dari masa kesemasa.








room designs blog archive most beautiful living room interior





OLED/AMOLED (Organic Light Emitting Diode)
OLED/AMOLED pula adalah benda yang sama. Hanya beza jenama pembuatan iaitu satu dari Sony, dan lagi satu dari Samsung.

Apa kelebihan dia? Sebelum ni, skrin LCD perlukan sumber cahaya dari belakang untuk paparkan cahaya. Dengan OLED, skrin LCD tersebut ditukarkan dengan OLED. Apa itu OLED? Ianya adalah LED Organik yang memancar cahaya dan warna tersendiri. Seluruh skrin diletakkan LED yang bersaiz nano yang akan memancarkan warna tersendiri mengikut signal yang diterima. Jadi, tak perlu lagi sumber cahaya di belakang skrin OLED ni.

Kelebihan

  • Lebih nipis (sebab tak perlu letak lampu atau LED kat belakang skrin).
  • Kontras image lebih tinggi.
  • Boleh hasilkan true black (bila image paparkan warna hitam, OLED yang berkenaan dekat area tersebut akan hanya offkan cahaya dia.
  • Nipis hingga boleh lentur.
  • Kurang guna tenaga (sebab tiada lampu/LED background).
Keburukan

  • Harga mahal.



Post a Comment