Monday, February 25, 2013

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ 5 Idea untuk Menghias Dinding Kosong Anda ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸

Rujukan : http://tipshiasandalaman.blogspot.com

Tak tahu apa yang perlu dilakukan dengan dinding kosong anda? Selain dari mengecat dinding dengan warna yang berbeza, terdapat beberapa idea-idea mudah lagi berkesan untuk menghiasi dinding anda:

Idea #1 - Pelbagai Lukisan Seni

 
Menggantung sekeping lukisan seni adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh kebanyakan orang. T
etapi sebaliknya daripada hanya sekeping, anda boleh cuba untuk menggantung beberapa keping bersama-sama kerana ia akan mencipta satu tema untuk rumah anda, tetapi gambar mestilah di bawah kategori yang samaSebagai contoh, anda boleh memilih gambar pemandangan yang indah, bunga atau seni abstrak tetapi tidak boleh menggantung salah satu daripada setiap lukisan tersebut bersebelahan di antara satu sama lain kerana anda tidak mahu rumah anda kelihatan seperti sebuah galeri seni. Untuk mendapatkan lukisan seperti dibawah, anda boleh membuat tempahan di Fanpage kami di sini.
 
Anggaran Kos: RM60 - RM175




Idea #2 - Stiker Dinding (Wall Decals/ Stickers)

Stiker dinding telah menjadi salah satu hiasan trendi dalam pasaran ID sekarang. Stiker dinding ini  kebanyakannya diperbuat daripada acetate, PET film dan vinyl yang kuat, fleksibel serta tahan lasak terhadap koyakan berbanding dengan pelekat biasa. Ia telah menjadi kit popular kerana ia mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak sedia ada dan ia juga boleh direka mengikut saiz, warna, dan bentuk untuk mewujudkan ciri-ciri yang bersesuaian dengan konsep keseluruhan rumah. Ia boleh dilekat kepada hampir apa-apa bahan permukaan rata seperti kaca, dinding kayu, dan jubin. Selain daripada itu, ia boleh ditanggalkan dan diguna semula. Sungguh menjimatkan!

Anggaran Kos: RM25 - RM500

  





 Idea #3 - Kertas Dinding (Wallpaper)

Kertas dinding, anda hanya akan rambang mata dengan pelbagai pilihan yang ada dan ia telah menjadi elemen asas rumah moden masa kini. Anda tidak perlu kertas dinding di letakkan pada keseluruhan rumah anda, cukuplah dengan hanya mewujudkan satu titik tumpu dimana ia dengan segera akan membuatkan ruang dinding anda yang suram kelihatan ceria dan tertarik.

Anggaran Kos: RM500 - RM2000





Idea #4 - Rak Dinding
Menambah unit rak di dinding, anda mempunyai dua tujuan; pertamanya sebagai hiasan dan kedua sebagai asas yang indah untuk memaparkan bingkai gambar, aksesori, barangan atau mana-mana koleksi pemilik. Dan bukannya dengan hanya 2 papan rata yang hanya digantung di dinding, ada pelbagai cara lagi tanpa had idea dan reka bentuk. Hanya berfikir di luar kotak bagaimana untuk menghiasi dinding anda yang tampak gondol itu!

Anggaran Kos: RM88 - RM399








Idea #5 - Bingkai Foto

Adakah anda suka mengambil gambar? Bagaimana dengan meletakkan bingkai foto di dinding untuk memaparkan semua saat-saat sukar dilupakan dalam kehidupan anda? Ia mewujudkan identiti dan ia adalah salah satu cara yang terbaik untuk membuat rumah anda sebuah RUMAH.

Anggaran Kos: RM99-RM500


Post a Comment
Salam and Hi ya'll ..

Blogging is my Passion .... I ain't NO EINSTEIN but I do love to explore and share what I've learned so that others can benefit from my blog ;p

This Recipes blog is just for FUN and intended for my PERSONAL pleasure collections and REFERENCES only, NOT FOR SALE purpose but occasionally I'll bake for FUN just for the sake of curiosity N' to challenge myself instead !! .. will occasionally bake for friends, siblings, and relatives on their life occassion/event .... This recipes just wanna make it documented properly as a guidelines for me plus sharing with all u guys outta, passing the passion indeed!!, ..... Called sort of 'Online Recipes ScrapBook' ler ni .. Perhaps u may get some idea and may b info, somehow ! .... Coz i LUVV to cook the simple2 one, try new recipes for my son, si bobot Hazyq plus i'm a 'dessert'holics and 'chocolate'holics though! .. Any inquiries/ comments please contact me using this info ya ..

Copy la dan digalakkan meng'copy' blog aku untuk kesejahteraan sejagat ..aku no hal pun ...duniawi je ni hahaha (tagline ni kita org sellau seloroh kat office sbb byk keje n jadik fenin2 lalat ..haha ..so we all selalu la ckp this word (duniawi je nih n terus gi solat..duha ke or such sbb keje memang takkan habis pung !) ..huh baguih sungguh off-mate aku ni .....If it is GOOD for uols, just take and benefit it ...if not then else jadikan pengajaran dan sempadan ..Take it or Leave it >_<

Last but not least, always remember that you can always cook yummy your own way, just be 'kretip' and customise here and there ...that's it !

Thanks for stopping by and have a nice day to ya'll ..

"
There is no sincerer love than the love of food - George Bernard "

" The first law of dietetics seems to be: if it tastes GOOD, it's BAD for you heheh ".


/* - XOXO (Hug N' Kissess).. Just call me - Miss Rose

Call/SMS : 0136110112 or 017-3736725
Email Address : redroses2u.net@gmail.com
e-Store : http://Redroses2u.Net
e-Wholesale : http://Redroses2uWholesale.blogspot.com
e-Boutique :
http://Redroses2uBoutique.blogspot.com
e-Recipes : http://Redroses2uCookware.blogspot.com
*/