Thursday, September 13, 2012

❥ஜ*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*❥✿ 7 Ancaman Kesihatan (7 Most Health Threat) ❥ஜ*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*❥✿


Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
norlaila@hmetro.com.my

BERDASARKAN kajian didapati ancaman besar terhadap kesihatan wanita sebenarnya boleh dicegah. Dalam bab menjaga kesihatan diri sendiri, tiada orang lain yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab ini.
Mungkin ramai tidak sedar, menjaga kesihatan yang menjadi harta paling berharga dalam hidup kita adalah satu amanah kerana ia membolehkan kita menjalankan tugasan harian termasuk bekerja, menguruskan rumah tangga dan menjalankan ibadat dengan lebih baik.

Memang tidak dapat dinafikan, wanita lebih peka dalam menjaga kesihatan. Namun ia perlu dipertingkatkan kerana tugas dan tanggungjawab wanita kini lebih besar dan mencabar.

Berdasarkan statistik daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), ada tujuh ancaman utama kepada kesihatan wanita. Mari kita sama-sama belajar cara untuk mengurangkan risiko ancaman ini.


1. Sakit jantung - Sakit jantung bukan penyakit lelaki saja walaupun jarang kedengaran wanita diserang penyakit ini. Sebelum menopaus, hormon wanita melindungi kita daripada serangan penyakit jantung tetapi selepas putus haid, risiko untuk mendapat penyakit ini sama seperti lelaki.

Jadi ambillah langkah pencegahan dari sekarang supaya kita tidak termasuk dalam statistik rakyat Malaysia yang mendapat serangan jantung. Antara yang boleh dilakukan ialah:





  • Berhenti merokok jika anda merokok. Ada banyak kaedah terkini yang boleh membantu anda berhenti. Pergilah ke mana-mana klinik berhenti merokok atau minta doktor rujukkan anda kepada pakar yang sentiasa bersedia membantu anda berhenti merokok.
  • Amalkan pemakanan sihat - Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, kurangkan makanan mengandungi banyak lemak, gula dan garam.
  • Kawal penyakit anda dengan baik terutama tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi dan kencing manis.
  • Bersenam - Ini sangat penting. Bersenamlah sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit sehari, empat atau lima kali seminggu. Jika dapat dilakukan setiap hari, kesannya lebih baik.
  • Kekalkan berat badan yang sihat. Penambahan berat badan akan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.
  • Hadkan pengambilan alkohol, terlalu banyak alkohol akan meningkatkan tekanan darah, namun lebih baik jika ia dihentikan terus.
  • Tangani tekanan. Luangkan masa untuk belajar kaedah menguruskan tekanan dengan cara yang sihat dan menggembirakan.

    2. Kanser -
    Walaupun secara umumnya punca sebenar kanser tidak diketahui tetapi ada pelbagai cara yang boleh diambil untuk mengurangkan risikonya.
     


  • Jangan merokok. Merokok adalah faktor penting yang boleh mendekatkan anda dengan kanser. Pada masa sama, cuba elakkan menjadi perokok sekunder (tidak merokok tetapi kerap terdedah kepada asap rokok).
  • Kerap bersenam. (huhuhu, tang ni la y MALEH !) Pilih senaman yang anda suka. Ia bukan saja boleh menjadi terapi minda malah mampu mengawal berat badan. Ada pakar berkata penurunan berat badan secara tidak langsung mengurangkan risiko kanser.
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Lindungi kulit daripada cahaya matahari yang terik.
  • Menyusukan anak. Penyusuan badan dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara.
  • Ambil langkah pencegahan dengan menjalani ujian pemeriksaan seperti mamogram dan lumuran Pap (Pap Smear).



  • 3. Strok - Ada sesetengah faktor risiko strok tidak boleh dikawal seperti sejarah keluarga, umur dan keturunan. Namun faktor lain boleh dikawal contohnya: 
  •  

  • Kawal penyakit anda. Jika anda ada masalah tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi, ambil ubat mengikut jadual. Jika ada kencing manis, pastikan paras gula berada dalam julat normal.
  • Jangan merokok. Jika anda merokok, berusaha untuk berhenti.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan paling penting - kerap bersenam.
  • Pelajari tanda awal strok dan kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga serta rakan baik. Minta ahli keluarga dan rakan segera membawa anda ke hospital jika anda menunjukkan tanda strok.

    4. Penyakit saluran pernafasan bawah kronik -
    Dalam erti kata lain, ada masalah dengan paru-paru anda. Ini termasuk bronkitis dan emfisema. Jadi, ambillah langkah untuk menjaga kesihatan paru-paru dengan:
  • Tidak merokok
  • Hindari tempat yang banyak pencemaran (kimia dan udara)
  • Cegah jangkitan saluran pernafasan dengan kaedah paling mudah - mencuci tangan dengan baik. 





  • 5. Penyakit Alzheimer - Meskipun tiada kaedah khusus untuk mencegahnya, tetapi pakar sependapat risikonya boleh dikurangkan melalui:
  • Kawal penyakit anda. Penyakit seperti tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, sakit jantung, strok dan kencing manis dikatakan boleh meningkatkan risiko mendapat Alzheimer.
  • Jangan merokok. Sesetengah kajian mendapati ada kaitan antara Alzheimer dengan rokok.
  • Bersenam, tidak kira apa bentuk senaman pun, semuanya boleh memberi manfaat.
  • Jaga kesihatan minda dan sosial dengan menyertai aktiviti kemasyarakatan, membaca, melakukan perkara yang mencabar fikiran termasuk mempelajari benda baru.




  • 6. Kemalangan - Kemalangan jalan raya juga disenaraikan sebagai ancaman utama kepada kesihatan wanita. Patuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya, sama ada anda memandu atau menggunakan kenderaan awam.


    7. Kencing manis - Ini penyakit yang sangat lazim di negara kita. Untuk mencegah kencing manis, amalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan selalu bersenam, khususnya bagi mereka yang ada sejarah keluarga menghidap penyakit ini.

    Jika anda sudah menghidapnya, ambillah langkah proaktif supaya paras gula anda berada dalam julat sihat kerana kencing manis yang tidak terkawal akan merosakkan saraf khususnya pada kaki dan mata. Selain itu, ia juga meningkatkan risiko mendapat sakit jantung dan mengalami kerosakan buah pinggang.




    Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/09


  • Post a Comment