Tuesday, August 07, 2012

✿✿ Tart Bunga for Raya ! ✿✿

 

 Huh, entry yg sangat mempesonakan ! Cuba la ...mesti gempaq sbb kuih anda lain dari yg lain ..boleh juga digunakan untuk membuat tart gulung ..

Sumber : Azlita Masam Manis
Blog : http://fromintankitchen.blogspot.com


Hari ni ita nak sharekan satu lagi kuih raya yg ita buat.. Sebelum raya hari tu dah buat.. tau ajelahkan kuih ni fav anak dara ita sorang tu.. diangkutnya balang kuih ni sampai masuk dalam bilik dia.. tau-tau dah habis dah kuih ni tak sempat raya..  nasib baik tak di urung dek semut.. hihi tak taulah minat betul dia dengan kuih tart ni.. Anak dara ita sorang ni mmg pelik sikit kegemarannya.. lain dari yg lain..

Jadi.. terpaksalah ita buat lagi kuih raya ni.. banyak kuih dah di angkut anak2 balik asrama.. jadi balang kuih banyak dah kosong.. kena lah ita buat semula kuih ni.. buat sikit2 aje.. takut jugak kalau ade tetamu bertandang dah tak de kuih raya.. nak dijamu..

Resepi kuih tart ni ita ambil dari rumah kak Anim... Sebelum tu, ita rasa belum terlewat untuk ita mengucapkan salam takziah buat kak Anim dan keluarga yang baru sahaja kehilangan abang tersayang Dato' Ir Haji Mohammad Aidid bin Haji Zakaria, semoga roh arwah bersemadi bersama insan2 yang beriman dan semoga kak Anim dan keluarga sabar dan redo dengan ketentuan ilahi.. Al- Fateha.....


Jutaan terima kasih yang tak terhingga ita buat kak Anim yang sangup kongsikan resepi tart yang sedap lembut dan gebu ni. Walaupun sebenarnya resepi ni sepatutnya menjadi simpanan peribadi beliau kerana beliau jual kuih tart ni... tapi beliau bersedia juga untuk kongsikan bersama kita semua.. Terima kasih sekali lagi kak Anim.. Hanya Allah juga yg dapat membalas kebaikan dan keikhlasan akak... Ita minta izin tuk sharekan pula resepi kuih tart ni di sini pula ye kak.. semoga resepi yg dikongsikan ini memberikan ganjaran pahala buat akak...


Resepi di bawah ni ita copy dari kak Anim. Resepi asal kak Anim buat tart gulung dan ita ubah kepada tart bunga kerana adunan ni lembut dan sesuai untuk buat tart bunga ni. Ita juga buat ikut cara kak Anim ita tak letak air sejuk. Air sejuk itu di gunakan bila adunan terkeras. PERINGATAN masukkan tepung sedikit-sedikit dan uli hingga adunan lembut. Kalau nak buat tart bunga bila kita canai dan kita lipat dia tak patah maknanya sesuailah doh tu untuk buat tart bunga. Tapi kalau patah maknanya doh terlalu keras dan tambahkan sedikit lagi minyak sapi atau air sejuk supaya doh lembut dan mudah di bentuk.




TART NENAS
 by: Kak Anim
  • 4 oz butter - 115 gram
  • 4 oz minyak sapi - 115 gram
  • 1 biji telur gred B
  • 1 lb tepung gandum -450 gram
  • sedikit garam
  • air sejuk
Cara2 menbuatnya :-
  • Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
  • Masukkan butter dan minyak sapi
  • Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
  • Guna acuan seperti gambar di bawah.
  • Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
  • Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
  • Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min

JAM NENAS
 by: Kak Anim
  • 10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya - errk, x byk sgt ke ...1 biji kot !
  • 3 kampit gula - adjust mengikut kesukaan, ni kalau nk buat byk la kot ...
  • sedikit pewarna kuning
  • ** sedikit bunga cengkih - pilihan bg wangi
 
  • kacau nenas dan gula
  • Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
  • Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
  • Ini adalah cara bagaimana ita buat tart bunga ni 
    Untuk tampok bunga yg warna hijau tu ambil sedikit doh dan letakkan sedikit pewarna hijau.














Post a Comment