Tuesday, July 24, 2012

❤❤ Kek Lapis Coco Horlick Nestum ❤❤

Nama Asal : KEK LAPIS SABOK TUN RAZAK (sorry ya i x setuju with this name la ...so put another one like atas)

Sumber : http://www.kongsiresepi.com/read/7446/0/ 









yang pic atas ni versi bakar..boleh lah cuba mana2 versi yg sesuai lah ye..nak kukus or bakar..:-)


nama kek yang unik,credit kepada pencipta kek ni..:-)
resepi ni sudah ku olah mengikut citarasa sendiri..

Resepi nya disini.....


KEK LAPIS Horlick N' Nestum

Diolah oleh: Sury_25february


Bahan-bahan:

(untuk separuh adunan loyang 6"x6")


  • 250g mentega
  • 1 cawan tepung gandum-ayak
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/3 serikaya
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh coklat emulco/browning sugar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 5 biji telur ayam-gred A
  • 2 sudu besar nestum beras(nestum baby)
  • 2 sudu besar serbuk horlick
  • pewarna merah

Cara-cara:


  • Putar mentega dan susu sehingga berkrim dan putih.
  • Putar gula dan telur hingga kembang di dalam bekas lain.
  • Masukkan serikaya putar hingga sebati dan masukkan tepung gandum,esen vanilla.
  • Bahagikan adunan kepada:
  • Pewarna merah + nestum beras.
  • Adunan plain + serbuk horlick
  • Serbuk koko + coklat emulco/browning sugar


  • panaskan oven/kukusan dan griskan loyang,bakar/kukus adunan selapis-lapis dimulai dengan adunan merah dulu kemudian adunan koko dan seterusnya adunan plain.Ulangi proses melapis itu sehingga habis.Bakar pada suhu 180c sehingga sedikit kekuningan mengikut keadaan oven masing2.(kukusan adunan sehingga masak 7-10 minit setiap lapisan)
  • Selamat mencuba dan selamat berpuasa...


Happy cooking...:-)

Post a Comment