Monday, January 16, 2017

•*¨*•.¸¸❥ 5 Cara Paling Mudah untuk Maintain/Kekal Slim/Kurus •*¨*•.¸¸❥




Sy dpt N3 ni dlm 1 fb which is sy rs simple but it;s good to be true ... so sy share la. Ni ingatan tuk saya dan uols seme la sbb sy pun susah nak maintain slim, chubby jek memanjang .. Sy pernah gemuk ms zaman skool dlm form 4 & 5 gitu la sbb ddk asrama & hormon tgh naik ...selera memanjang .... tp xpe la kan, the rest is history *ahaks* ...trauma nak ingat ...ngalahakan nightmare at the elm street huhu ...


Okay, jadi hari ni saya tak nak kongsikan cara gemukkan badan tapi cara macam mana nak maintain kuruskan badan. Semua mesti dah tau cara-cara macam nak kuruskan badan kan, tapi apa yang paling penting, macam mana cara nak maintain kurus betul tak? Takkanlah lepas susah-susah kuruskan badan, tak pulak ambil langkah nak maintain kurus, akhirnya naik balik berat badan tu sehingga kalut sebab return gemuk.
Back to our topic, jadi 5 cara mudah kekal kuruskan badan adalah :

1. Jangan tidur siang. Biasanya orang kurus ke, atau gemuk ke, akan mudah naik berat badan apabila anda kerap tidur siang. Tidur siang tu tak salah cuma waktu dan berapa lama anda tidur tu yang jadi masalah. Saya bagi tips mudah, contohilah Rasulullah. Waktu baginda tidur siang adalah sebelum Zohor, lebih kurang pukul 12 tengah hari betul tak? Jadi itulah waktu terbaik untuk tidur. Dan biasanya tidur siang itu dalam 15 ke 20 minit sudah memadai sebab ia bertujuan sekadar untuk merehatkan badan dan minda. Sekiranya anda terlebih-lebih tidur siang, ia akan memberi satu kesan lesu dan lembap pada minda dan tubuh badan kita. Berdasarkan pengalaman saya, berat badan saya akan naik tup-tup lepas beberapa hari tidur siang secara marathon.



Warning, jangan sekali-kali amalkan tidur waktu senja atau petang lepas Asar. Rasulullah melarang kita tidur waktu itu, kerana kesannya bukan saja akan melemahkan badan tapi minda dan otak kita pun akan jadi lembap dan boleh jadi gila.


2. Amalkan minum air kosong suam dan bukan air kosong sejuk. Ini petua saya. Makanlah banyak mana sekalipun, tapi kalau anda amalkan minum air kosong suam, rather than air kosong sejuk tempoh untuk anda kekal kurus tu akan lebih lama, insyaAllah.
Ada juga yang cakap, air kosong sejuk boleh buat perut buncit tapi sebenarnya tak pun. Air kosong sejuk atau suam sebenarnya mempunyai kandungan yang sama iaitu tidak mempunyai kalori langsung. Cuma, berdasarkan pengalaman sendiri juga, saya berjaya mengekalkan berat badan apabila mengamalkan air suam tetapi perkara sebaliknya berlaku bila saya minum air kosong sejuk.
Kalau anda tak percaya, anda cubalah sendiri. :-)





3. Cara ketiga adalah dengan banyak berjalan. Sekiranya tak ada banyak masa untuk keluar berjogging atau brisk walk, apa kata kalau pergi shopping atau ke office tu, pilihlah tangga rather than elevator. Pilih lah berjalan jauh naik tangga atau laluan wheelchair rather than escalator. Dengan cara ini, anda bukan saja boleh membakar kalori yang terpendap dalam badan tu, anda juga boleh membuat otot kaki dan paha anda menjadi lebih kuat.
Amalkan cara ini sebab bagi saya ia paling berkesan untuk mengekalkan berat badan. Tambah pula, kalau tugasan kita memerlukan kita duduk mengadap komputer, terperap dalam bilik. Kalau tak berjalan langsung, silap-silap berat badan yang 45kg tu, boleh jadi 64 kg. Wuh, trauma. Jadi, elok sangatlah kalau kita amalkan berjalan ni on the way nak ke office dan balik ke rumah.



4. Next, adalah dengan cara membantu ibu di dapur. Haa, ini adalah cara yang paling bagus kerana selain daripada niat kita untuk mengekal dan menurunkan berat badan, kita juga dapat pahala sebab tolong mak dan ahli keluarga. Mak minta tolong angkat kotak, angkatlah. Mak minta tolong alihkan periuk, alihkanlah. Ayah minta tolong tolak almari, tolaklah. Abang minta tolong jahitkan baju, jahitlah (eh, kena-mengena tak?)


Saya syorkan cara ni kerana saya dah cuba jugalah dan ianya berkesan. Dulu saya agak pemalas sikit, almaklumlah budak-budak kan. Sifat pemalas lebih sikit jadi berat badan pun naik, jadi gemuk. Belajar dari kesilapan, jangan lah malas-malas. Tolonglah ibu kita di dapur, tolong ayah di luar, tolong adik-beradik juga. Sebab dengan cara angkat kotak, alihkan periuk, tolak almari dsb, secara tak langsung anda telah membakar kalori dalam badan anda. Jadi, berat badan akan maintain sajalah walau pun anda tak exercise heavy sekalipun.


Kalau xde ibu tu, dah kawin uols la kene rajin2 ke dapur ..sure byk benda nak kemas, susun, reorganised dsbgnya kan??
 


5. Finally, jangan baring selepas makan. Tak kisahlah anda baring tu terus tidur atau baring-baring saja. Amalan buruk ni memang paling bahaya sebab pernah terkena pada saya. Gara-gara suka makan lewat malam masa dekat matrik dulu, makan pukul 11 malam, lepas makan terus tidur. Akhirnya berat badan saya naik sampai 5 kg dalam tempoh 2 bulan. Puas juga nak menurunkan semula.


Okay, cukup 5 cara saja hari ini. Banyak-banyak nanti, pening pula. Yang penting anda semua istiqamah tau dalam menjaga badan dan kesihatan. Setiap kurniaan Allah diberi pada kita dalam keadaan sebaik-baik kejadian, jadi jangan sia-siakannya.









•*¨*•.¸¸❥ 5 Cara Paling Mudah untuk Maintain/Kekal Slim/Kurus •*¨*•.¸¸❥
 



Sunday, January 15, 2017

•*¨*•.¸¸❥ Puding Roti Gardenia Bakar Bersama Kuah Kastard •*¨*•.¸¸❥

N3 kali ni sy buat dari lebihan roti yg dah nak expired kat umah ... tgh2 roti tu sy dah bf ngan buat roti poket, so tepi2nya is either buat butterfingers or puding roti bakar berkismis la kan ...so, nk buat desserts yg ezy pezy aka Puding Roti biasa2 jek. Saya gunakan roti gardenia cm kat bawah ...tp leh aje nk buat using apa2 roti :-D  .. mcm2 boleh, hentam saje la ..
 



lebihan roti tu la yg sy buat puding roti ni ...or leh buat butterfingers jugak cam kat bawah ..





Bahan2 Untuk Puding Roti :-)-------------------------------------------------

  • 8 keping roti - sy guna gardenia biasa je tu ...(pic mcm atas ya)
  • 2 cawan susu segar
  • 4 sudu besar gula halus -  ikut keperluan ya, x suka manis x perlu letak ...
  • 2 biji telur - x letak pun xpe
  • 1 sdt esen vanilla
  • 2 sdb mentega - cairkan
  • sedikit kismis
  • 1 sdt instant custard powder - boleh beli kat bakery supplier, sy add
  • 1sdt cinnamon powder - optional, sy add





Bahan2 Tuk Sos/Kuah Kastard :-)
-------------------------------------------------

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air  - ikut keperluan ya
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula halus -  ikut keperluan ya
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit kismis or buah2an segar/or kering
  • Daun pandan - jika suka
 


Cara2 Membuat Yang Sempoi :-)
-------------------------------------------------

  • STEP 1 - Masukkan susu segar, gula halus, telur, instant custard powder, melted butter, vanilla essence dan ecinnamon powder dalam 1 bekas or boleh guna FP or blender ya.... senang nak throw in and sebatikan semua.. Pukul hingga bahan2 sebati bknnya kembang tau ... Ketepikan kejap.









  • STEP 2 - Sapu baking pan dengan butter all over ya. Lepas tu boleh racik2, tarik2, potong2, pecah2kan, gunting2kan or just dunk je in the liquid mixture pun boleh. Lepas tu organize bg cantik ...tak susun pun sokay jek, biarkan seketika dlm 5-15 mins or so spy roti + liquid terendam dan meresap sekejap.. MeanWhile boleh heat up the oven .... pic step2 mcm kat bawah ya :-






  • STEP 3 - Lepas organized, akhir sekali taburkan kismis (sy skip this part sbb nk put in the kastard), sy taburkan serbuk kayu manis (cinnamon powder instead), tp awas la serbuk kayu manis ni 'panas' ..kene byk minum air sikit after consume ... panaskan oven 10 mins b4, selepas itu dibakar pada suhu 160-180C selama 30-45 minit.. Boleh adjust temp and timing ikut suka and suits uolsnya oven la ...mine is oven kecik, so temp 150-160C da ckp da ....Pic setelah dibakar seperti di bawah ya ... Now kita buat sos kastardnya plaks !




Cara2 Membuat Sos/Kuah Custard Yang Sempoi :-)
-----------------------------------------------------------

  • STEP 4 - satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya.. 



  • Lau ada daun pandan ni lagi syiok abis !. Buat 'simpulan cinta sayang' dan throw in the liquid ...



  • Ok now bole la dihidangkan dan mamam, bila buat sendiri terasa 'kepuasan' dan 'kenikmatan'nya, caya la ! .. pic mcm kat bawah ya ... makan panas2 pun sokay or hmm mkn sejuk2 pun sodap gek ...ce try ! ... Last sekali sy drizzle ngan Sirap Gula Melaka ..huh mama mia ! .. Selamat Mencuba dan Semoga Membantu ya ! ...Till then ...bubai ... See ya !



✿•*¨*•.¸¸❥ end of Puding Roti Gardenia Bakar Bersama Kuah Kastard ✿•*¨*•.¸¸❥


Monday, January 09, 2017

•*¨*•.¸¸❥¸ © BBQ / BarbeQue Kish Kebab & Grilled Skewers Recipes •*¨*•.¸¸❥¸



Sumber : Resepi Sedap
Edited By : MissRose@Redroses2u.Net

Perkongsian resepi dari fb Mimie Dani
Hari ni sy nak share step by step resepi BBQ Shish Kebab (Daging) yg sy baru buat untuk family gathering.. Alhamdulillah saudara mara semua ckp sedap n juicy siap ade yg nk order and suruh sy buat bisnes lg..Sy guna 4 kg daging indian blh dpt dlm 60 cucuk kebab saiz L..Resepi ade pada gambar ya..Blh share sy halal kan.. Saya sertakan juga kebaikan dan keburukan barbeQue or BBQ ni ya .... save the best for the last kata oghang :-)



  • 2 - Kebab yg dah siap dicucuk..resepi ni akn berair skit yer..lebihan kuah perap jgn buang..sapu atas kebab ms tgh grill..

3 - Bahan-Bahan
  • Daging frozen (sy guna part cuberoll) 4kg
  • Bawang besar (pilih yg warna ungu) 5 biji
  • Cili bengala (merah,hijau,kuning) 2 bji stiap 1
  • Tomato ceri 1/2kg
  • Kicap manis 1 cawan
  • Kicap wos 1/2 cawan
  • Sos tiram 4 sudu besar
  • Garam 1 sudu besar
  • Secukup rasa 1 sudu setengah
  • Gula pasir 2 sudu besar
  • Gula perang 2 sudu besar
  • Jus lemon 2 biji
  • Mixed herb 2 sudu besar
  • Lada hitam 2 sudu besar
  • Minyak zaitun 1/2 cawan (minyak msak pon blh)




Bahan-bahan sayuran (pic atas)
  • 3 sudu Minyak zaitun
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu lada hitam



4 - Sos tiram 4 sudu besar (pis atas ya)
  • Garam 1 sudu besar
  • Secukup rasa 1 sudu besar
  • Gula pasir 2 sudu besar
  • Gula perang 2 sudu besar



5 - Bahan-bahan sayuran
  • 3 sudu Minyak zaitun
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu lada hitam

6 - Cara-cara
  • 1)potong kiub cili benggala dan potong bawang bentuk wedges..
  • 2)Masukan minyak zaitun lada hitam dan garam ke dalam bekas dan kacau bersama sayur-sayuran..msukkan dlm beg zip kemudian smpan dlm peti sejuk..


7 -Masukkan
  • Kicap manis 1 cawan
  • Kicap Lea & Perrins 3/4 cawan
  • Sos tiram 4 sudu besar
  • Garam 1 sudu besar... See more

8 - Masukkan gula perang untuk kilatkan lagi daging ms bakar nti..



  • 9 - Potong daging (sy guna jenis cuberoll..biasa org guna buat satay kalau xde daging ape2 pon blh) kiub 1 inci cuci bersih dan keringkan dengan tuala.Campurkan semua bahan2 diatas kacau dlm plastik zip dan simpan perapan daging sekurang2nya 6 jam.





Cara Paling Asas Membuat BBQ (BarbeQue)
-----------------------------------------------------------------
  • Makanan yg paling mudah disediakan so menjadi kaedah yg popular bila mengadakan xtvt di luar rumah seperti perkhemahan, hari keluarga, pertemua semula rakan sekolah dan sebagainya.



BBQ atau BarbeQue
--------------------------------
  • BarbeQue merupakan masakan yang dimasak di atas bara api. Rasanya segar dan semulajadi tanpa bahan perisa tambahan jika anda pandai mengolah dengan jayanya.
  • Selain makanan laut, daging dan ayam, bahan masakan lain yang boleh digunakan ialah buah-buahan san sayur-sayuran tertentu.


Cara Yang Betul :-
----------------------------------
1 - Sos BBQ
---------------------------
  • sekarang ni banyak yang dijual di pasaraya sama ada produk tempatan maupun luar negara. Kehadiran sis BBQ di pasaran dapat memudahakan pemerapan bahan bagi merela yang nak cepat atau tidak tahu nak buat bahan pemerapan sendiri.
  • Jika dan masih mahu menghasilkan sos pemerapan BBQ, sos tomato merupakan sos asas BBQ yg lazat selain campuran sos lain seperti sos lada hitam. Untuk bahan perasa pula, anda boleh masukkan sedikit perahan lemon, garam & gula. Berapa banyak kuantiti campuran setiap sos adalah bergantung kepada citarasa anda sendiri.




2 - Jagung
---------------------------
  • Pilih jagung yang tidak terlalu muda atau tua. Sebaik-baikya gunakan jagung manis dengan kualiti yang baik agar rasanya lebih enak.
  • Apa yang anda perlu lakukan, rebus dulu jagung selama 5 minit, selepas itu barulah letakkan di atas bara api. Dengan cara itu, barulah jagung akan masak dengan sempurna.



3-Sayuran
---------------------------
  • Sebelum anda meletakkan sayuran di atas bara api, pastikan sayuran otu dipotong besar. Ada sesetengah sayur seperti terung, tomato dan lada benggala hanya perlu dibelah dua.
  • Selain itu, sapukan juga minyak pada sayuran anda. Pastikan anda memanggang sayur tidak terlalu lama untuk elakkan khasiatnya hilang.


4-Makanan Laut
---------------------------
  • Untuk memanggang makanan laut, anda perlu pastikan bara apai benar-benar merah membakar. Jangan lupa sapukan menega pada makanan laut sebelum anda memanggangnya. Mentega bukan sekadar memberi rasa yang lazat, malah dapat elak makanan laut dari kering dan melekat pada keranjang jaring.
  • Makanan laut perlu dimasak dalam masa yang singkat sekadar 5 minit dan perlu kerap balikkan dalam tempoh tertentu.



6 - Buah-Buahan
---------------------------
  • Makanan hidangan BBQ tanpa pencuci mulut dirasakan kurang lengkap. Nenas adalah buah yang selalu menjadi pilihan. Selain itu, ada juga menguunkan pisang dan buahan lainnya yang sesuai.
  • Anda juga boleh menjadikan ubi keledek dan ubi kentang sebagai hidangan tambahan dari kategori karbohidrat untuk melengkapkan zat dalam hidangan barbeque anda.




Kebaikan Dan Keburukan :-
----------------------------------------
  • Makanan hidangan BBQ dilihat sebagai cara masakan yang sihat kerana tak perlukan minyak yang merupakan penyumbang kepada lemak. Tetapi jika air dari bahan-bahan yang anda masak itu menitis lalu menghasilkan api dan asap yang menyebabkan makanan anda tidak sihat untuk kesihatan.
  • Asap dan api yang keluar dari bara tersebut terutama bila anda memanggang satay atau ayam percik, mengandungi gas yang dinamakan karsinogen. Gas karsinogen itu pula dikenal pasti sebagai bahan aktif kanser (cancer).
  • Kesimpulannya, bila anda makan makann yang dipanggang ala BBQ, anda dinasihatkan agar membunag bahagian yang hangus. Selain itu juga, anda perlu perbanyakkan timun kerana timun dapat menyerap gas karsinogen.

K la sy sudahi ngan 2 idioms that can make us think ya ... as a muslim pratictioner moderation is the key in everything, rite ??

1. “Healthy citizens are the greatest asset any country can have.” ― Winston Churchill
2. “Let food be thy medicine and medicine be thy food.” ― Hippocrates

Monday, January 02, 2017

✿´•*¨*•.¸¸❥ HomeMade ButterMilk Bread ✿´•*¨*•.¸¸❥



Kejadian roti yg cantik dan comel mcm ni rugi kalau tak simpan dlm album..hehe.. jgn Marah.. Alhamdulillah.. hasil yg lembut dan sedap. Sebelum ni saya ada share kat group msakan.. Alhamdulillah ramai yg share dan ada yg mencuba dgn jayanya.. Bagi yg belum share dipersilakan share sebab saya sertakan resepi sekali dlm album ni... Selamat mencuba.!!!!.. Sorry ya stepz-by-steps xde ... apa yg ada aje la ...

Bahan2 A :--
------------------------

  • 3sudu besar yis(11gram)
  • 1cawan air suam
  • 4sudu gula
  • 1sudu besar susu pekat
  • (Bancuh bahan A,biar sampai kembang dan berbuih)




Bahan2 B :-
-----------------

  • 4 cawan tepung high protien
  • 1 sudu kecil bun softener
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar susu tepung
  • (Ramas bahan B sampai rata dan sekata)

How's To :-
------------------------

  • Tuang bahan A kedlm bahan B sedikit demi sedikit.uli sampai elastik dan tidak melekat ditangan. 
  • Bila dah betul betul elastik,rehatkan doh selama 30-40minit sampai doh naik 2x ganda. Tumbuk doh untuk keluarkan udara. 
  • Bahagikan doh sama besar (saya bahagi ikut saiz bola ping pong, tp terpulang la mcm mn pun)....susun atas tray...baru masukan inti.. pastikan ada ruang diantara doh sebab doh akan kembang.. bila dah siap,rehatkan doh selama 1/2-jam atau sampai kembang. 
  • Baru bakar pada suhu 180c api atas bawah bergantung pada suhu oven masing masing. Sebaik je roti masak sapu mentega atau butter pada permukaan roti supaya ia kelihatan.cantik dan berseri seri..


Cara membuat Inti Buttermilk :-
------------------------------------------------


Bahan2Nya :-
----------------------------

  • 100gram salt butter*
  • 30ml susu pekat manis
  • 70gram gula icing* saya guna gula yg dah diblend je
  • 120gram susu tepung(saya pilih nespray)
  • 2biji kuning telur
  • 3sudu besar tepung gandum



  • Mix bahan bertanda * sampai sebati. Baru masukan susu pekat, kuning telur,susu dan susu tepung.... mix sebati.siap.
  • Nota : resepi inti buttermilk ni saya dapat dari google je.tapi saya olah sedikit sebab terlalu manis dan cair bila roti masak..